Pemberian Inisiatif MOTAC Prihatin Sokongan Kepada Penggiat Industri Pelancongan Kembali Pulih

SELASA, 5 APRIL 2022

MIRI: Bantuan kewangan kepada penggiat industri pelancongan ini merupakan inisiatif dan kesinambungan yang dilaksanakan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dalam membantu penggiat industri yang terkesan semenjak penularan wabak COVID-19 di Malaysia. 

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, ini kerana dalam tempoh dua tahun ini semua penggiat industri pelancongan negara telah mengalami kerugian besar. 

“Saya percaya dua tahun kebelakangan ini merupakan tempoh paling sukar yang mengakibatkan kerugian besar kepada semua penggiat industri pelancongan negara termasuklah yang berada di Miri. 

“Pemberian inisiatif-inisiatif ini diharapkan dapat memberikan sokongan dan dorongan kepada penggiat-penggiat industri untuk kembali pulih seiring pembukaan sempadan negara pada 1 April 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan Kepada Penggiat Industri Pelancongan yang diadakan di Hotel Imperial Palace, Miri pada Isnin. 

Seramai 16 orang penerima bantuan kewangan terpilih yang terdiri daripada 5 Pemandu Pelancong, 5 Syarikat TOBTAB, satu Syarikat MM2H dan 5 pengusaha ‘homestay’.

Mereka yang menerima bantuan kewangan MOTAC Prihatin ini terdiri daripada Syarikat Pengendalian Pelancongan RM9,000, Pemandu Pelancong (TG) RM1,300, Syarikat Malaysia MySecond Home (MM2H) RM9,000, Spa dan Pusat Urutan Kaki RM3,000 dan Program Pengalaman Homestay Malaysia RM1,800. 

Sementara itu, dalam sidang medianya Dato’ Sri Nancy memberitahu mana-mana syarikat pelancongan dan yang berkaitan perlu mendaftar dengan MOTAC untuk mendapatkan bantuan MOTAC Prihatin ini. 

“Yang berdaftar dengan kita. Orang yang hendak memohon perlu mendaftar terlebih dahulu. Tetapi, yang ini memang sudah ada dalam data MOTAC, sama ada mereka memohon atau tidak memang automatik mereka menerimanya,” katanya. 

Penyampaian Bantuan Kewangan Kepada Penggiat Industri Pelancongan ini merupakan kali ketiga diadakan bagi tahun 2022 selepas majlis yang sama dianjurkan MOTAC di Johor dan Kuching, Sarawak.

Hadir sama Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Dato’ Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembaban (Pelancongan) Sarawak merangkap ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni, ADUN Telang Usan Dennis Ngau, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Saraya Arbi dan Penolong Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Sarawak Zurina Zainal Abidin Shah.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia