RABU, 6 APRIL 2022
LAWAS: Seramai 105 penduduk Kampung Punang Jaya menerima sumbangan bersempena dengan bulan Ramadan.
Sumbangan tersebut adalah daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Kampung Punang Jaya dan dan Surau Nurul Syakirin Kampung Punang Jaya.
Para penduduk itu menerima sumbangan kitab suci Al-Quran dan buah kurma.
Turut hadir adalah Ketua Kampung Punang Jaya Awang Omar Awang Arshad, Imam puasa Pandin dan Pengerusi Surau Matzine Awang Lair.-EDISI UKAS