Penduduk Selangau Kekal Amalkan SOP Semasa Fasa Endemik

RABU, 6 APRIL 2022

SELANGAU: Penduduk Selangau terus kekal mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa fasa endemik COVID- 19 terutamanya di Pasar Tamu Pekan Selangau, pada Selasa.

Hasil pemantauan dari wakil Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di pasar berkenaan mendapati keadaan struktur tempat berjaja nampak lebih tersusun dan teratur dari sebelum ini.

Justeru, keadaan ini memberi kelebihan kepada mereka untuk mendaftar Lesen Penjaja seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Berkuasa Majlis.- EDISI UKAS

add comment