93 Sekolah Rendah Di Sibu Terima Dana Program Laluan Pendidikan Pencegahan Dadah

KHAMIS, 7 APRIL 2022

SIBU: Sebanyak 93 buah sekolah rendah merangkumi Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan di Sibu menerima dana sumbangan One Stop Committe Bagi Menangani Isu Dadah dan Substance (OSC MIDS) Sibu berjumlah keseluruhan RM93,000.

Setiap sekolah tersebut menerima RM1000, dana di bawah Program Laluan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sibu.

Penyerahan cek tersebut telah disempurnakan Pemangku Pegawai Daerah Sibu, Salehah Hid kepada Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sibu, Kong Chiong Hui dalam majlis ringkas di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Sibu pada Khamis.

Pihak PPD telah memohon peruntukan tersebut bagi tujuan menangani isu dadah dan substance di institusi pendidikan.

Dalam majlis itu juga, Chiong Hui telah menyampaikan cek kepada Guru Besar Sk Bahagia Jaya merangkap Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Sibu, Sharkawi Hamdan; Guru Besar SK Rantau Panjang merangkap Pengerusi Sarawak Dayak Educators Assosiation, Ahpong Enteri dan Guru Besar SJKC Su Lai merangkap Pengerusi Sibu Chinese Teachers Assosiation, Chan Siah Kuong. – EDISI UKAS

add comment