Program Border CERT Persiap Komuniti Hadapi Bencana Dan Kecemasan

KHAMIS, 7 APRIL 2022

TEBEDU:Program Border Pasukan Tindakan Kecemasan Komuniti (CERT) penting dalam mempersiapkan komuniti di kawasan luar bandar berdepan dengan sebarang bencana dan kecemasan.

Program anjuran Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN) Jabatan Premier Sarawak yang bertemakan “We Are Prepared” tersebut telah diadakan di Dewan Tayung Langui, Kampung Pichin pada Khamis.

Ia bertujuan untuk memberi latihan serta pemahaman tentang peranan CERT dan semua peserta khususnya kepada golongan ketua kaum dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Pengisian program tersebut adalah seperti ceramah yang telah disampaikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Selain ceramah berkaitan dengan pertolongan kecemasan, para peserta juga didedahkan dengan ceramah berkaitan Rabies oleh pihak Veterina Bahagian Serian.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia