Premier Sarawak Terima Kunjungan Hormat Duta Besar Sweden Ke Malaysia

JUMAAT, 8 APRIL 2022

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Sweden Ke Malaysia TYT Dr. Joachim Bergstrom di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Jumaat.

Bercakap kepada media, Dr. Joachim memberitahu, kunjungan hormat berkenaan merupakan kunjungan hormat pertamanya ke negeri ini.

Ujarnya, pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan itu bagi memperluaskan jalinan kerjasama antara negara Sweden dengan Sarawak.

“Dalam kunjungan hormat ini, saya amat berbesar hati untuk berbincang dengan Premier Sarawak mengenai potensi untuk menjalinkan kerjasama dengan negeri ini.

“Antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah mengenai beberapa sektor berbeza di Malaysia iaitu pengangkutan, infrastruktur, teknologi maklumat (IT) dan teknologi,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, pihaknya mempunyai kekuatan dalam pengurusan sisa, tenaga dan sebagainya.

“Jadi terdapat banyak potensi dan juga dialog dan kerjasama dengan Sarawak,” katanya.-EDISI UKAS

add comment