Penghuni Kompleks Kebajikan Hamidah Yacob, Miri Methodist Children Home Terima Sumbangan Bulan Ramadan

SABTU, 9 APRIL 2022

MIRI: Seramai 45 orang penghuni dari Kompleks Kebajikan Hamidah Yacob dan Miri Methodist Children Home telah menerima sumbangan bersempena dengan bulan Ramadan.

Sumbangan daripada Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib itu telah diserahkan dalam Majlis Jalinan Kasih di Hotel Marriot di sini pada Jumaat.

Penyampaian sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak), Datuk Rosey Yunus.

Pada majlis yang sama, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad turut memberi sumbangan pelitup mulut dan hidung kepada Kompleks Kebajikan Hamidah Yacob dan Miri Methodist Children Home.

Hadir sama Bendahari Kehormat SABATI, Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin, wakil Kompleks Kebajikan Hamidah, Yacob Shamsiah Sanai Tahir dan wakil Miri Methodist Children Home Mezuen Nyilek.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia