Program Ziarah UKAS@Komuniti Semarak Ramadhan Mendapat Sambutan Di Sarikei

SABTU, 9 APRIL 2022

SARIKEI: Unit Komunikasi Dan Penerangan Sarawak (UKAS) buat julung kalinya telah mengadakan Program Ziarah UKAS@Komuniti Semarak Ramadhan bertempat di Padang Kompleks Sukan Kampung Seberang Sarikei pada Jumaat.

Program ini diadakan bagi mengimarahkan suasana Ramadhan pada tahun ini di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara masyarakat disitu.

Selain itu, program tersebut turut membantu ekonomi para peniaga bazaar Ramadhan di situ dan berharap ianya diteruskan pada masa yang akan datang.

Ia berikutan lokasinya yang terletak bersebelahan dengan bazaar Ramadhan dan merupakan tapak pasar malam yang cukup terkenal di Sarikei. – EDISI UKAS

add comment