SABTU, 9 APRIL 2022
MIRI: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib telah meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Masjid At-Taqwa Miri pada Jumaat.
Majlis turut dihadiri oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato’ Sri Lee Kim Shin; Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi ll merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi; Timbalan Menteri Pembangunan Kanak-kanak merangkap ADUN Bekenu, Datuk Rosey Yunus; Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap ADUN Lambir Dr Ripin Lamat; Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni; Residen Bahagian Miri, Abdul Aziz Mohd Yusuf dan Temenggung Abdul Rahman Fadzail.
Majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Bahagian Miri itu turut diadakan bersama jemaah-jemaah kariah Masjid At-Taqwa Bahagian Miri serta ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat
Dalam majlis sama, Tun Pehin Sri Abdul Taib menunaikan solat Maghrib, Isya dan terawih secara berjemaah.
Para jemputan kemudiannya disajikan dengan jamuan makan malam serta moreh.-EDISI UKAS