Dato Majang Adakan Kunjungan Ke Pejabat JKR Bahagian Bintulu, Dengar Taklimat Pembangunan

ISNIN, 11 APRIL 2022

BINTULU: Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Dato Majang Renggi telah mengadakan kunjungan ke Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bintulu pada Jumaat. 

Dalam kunjungan itu, beliau telah mendengar taklimat Digital Development Plan (DDP) dan beberapa projek pembangunan di Bahagian Bintulu di bawah seliaan pejabat JKR Bahagian Bintulu. 

Taklimat telah disampaikan Jurutera Bahagian JKR Bahagian Bintulu Lau Pit Hwa, Penolong Jurutera Bahagian Bintulu Chieng Siong Ming dan Ketua Seksyen MRP Vivien. 

Turut disampaikan taklimat berkenaan projek-projek yang dilaksanakan di bawah kelolaan Pejabat JKR Wilayah Utara yang disampaikan Pengurus Wilayah Utara, Ir Teo Nguong Leong dari Pejabat Wilayah Utara JKR Sarawak. 

Manakala, projek Pan Borneo dan Jalan Pesisir di Bahagian Bintulu telah disampaikan wakil daripada Pan Borneo Unit dan Opus Consultants (M) Sdn. Bhd. -EDISI UKAS

add comment