Penduduk Kampung Long Jegan A, Tinjar Terima Bantuan Bahan Binaan Berjumlah RM200,000

ISNIN, 11 APRIL 2022

MIRI: Penduduk Kampung Long Jegan A, Tinjar telah menerima bantuan bahan binaan berjumlah RM 200,000.

Bantuan tersebut sumbangan Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil dan telah diserahkan pada Ahad.

Ia bertujuan meringankan penduduk kampung untuk membina rumah baru sebanyak 31 pintu kampung telah terbakar pada tahun 2014.

Antara bahan-bahan yang disumbangkan ialah atap rumah ‘Spandex’, papan lapis dan paku.

Sehubungan itu, para penduduk merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi itu dan Kerajaan Sarawak di atas pemberian bantuan bahan binaan tersebut.-EDISI UKAS

add comment