Peningkatan Penerbangan Domestik Terus Ke Sarawak Bakal Pacu Pertumbuhan Industri Pelancongan

ISNIN, 11 APRIL 2022

KUCHING: Peningkatan penerbangan domestik terus ke Sarawak bakal memacu pertumbuhan industri pelancongan di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penerbangan pertama Firefly ke Kuching dari Pulau Pinang bakal menjadi penghubung bagi merapatkan lagi hubungan di antara kedua buah destinasi berkenaan.

“Hari ini (Isnin) adalah satu lagi lakaran sejarah terutamanya bagi industri pelancongan Sarawak dan syarikat penerbangan Malaysia bagi penerbangan pertama Firefly dari Pulau Pinang ke Kuching.

“Sebelum ini, Malaysian Airlines Berhad (MAB) beroperasi tiga kali seminggu untuk perjalanan yang sama dan kini Firefly dapat menyediakan penerbangan harian sekali sehari sekaligus bakal ditambah kekerapannya iaitu dua kali sehari mulai 24 April ini,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching selepas menyambut ketibaan pertama penerbangan Firefly dari Pulau Pinang ke Kuching, pada Isnin.

Sementara itu, Dato Sri Abdul Karim turut mengulas mengenai harga tiket yang meningkat pada musim perayaan, beliau menjelaskan bahawa ia bergantung kepada jumlah permintaan dan penawaran.

“Seharusnya ada ketetapan harga siling untuk mengelakkan harga tiket penerbangan yang tidak munasabah.

“Tetapi ia juga bergantung kepada permintaan dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli tiket pada saat akhir,” ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I (Pelancongan), Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Sarawak, Hii ​​Chang Kee, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Tourism Board, Sharzede Datu Salleh Askor, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MAB, Ahmad Luqman Mohd Azmi dan Ketua Jualan Global MAB, Roslan Ismail. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia