RM50,000 Diluluskan Untuk Tambah Baik Gelanggang Bola Keranjang Tapah

ISNIN, 11 APRIL 2022

TAPAH: Peruntukan sejumlah RM50,000 telah diluluskan untuk menambah baik Gelanggang Bola Keranjang Tapah di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun 2022.

Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn mengumumkan kelulusan peruntukan tersebut pada Majlis Penutupan Kem Pengadil Bola Keranjang Tapah 2022 anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Tapah di Gelanggang Bola Keranjang Tapah pada Ahad.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan surat makluman projek RTP itu kepada Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Tapah, Chong Chee Lik.

Sementara itu, Datuk Roland yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat sempat menzahirkan ucapan tahniah kepada penganjur dan kesemua 16 peserta yang berjaya menamatkan kursus tersebut.

Beliau turut berasa bangga apabila mendapati para peserta kem itu terdiri daripada golongan belia muda.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Damen Rejek, dan Kapitan Bong Joon Kim. -Edisi UKAS

add comment