Satu Lorong Jalan Raya Akan Ditutup Di Jambatan Sg. Adong Bermula 14 hingga 23 April 2022

SELASA, 12 APRIL 2022

MIRI: Satu lorong jalan raya akan ditutup di Jambatan Sg. Adong (ke arah Pujut 7 dari Miri By-pass) untuk aktiviti pemasangan komponen keselamatan akan dijalankan di atas jambatan tersebut. 

Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak dalam kenyataan media pada Selasa berkata, penutupan Lorong itu bermula 14 sehingga 23 April 2022.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk berhati-hati semasa melalui jalan tersebut dan mematuhi papan tanda keselamatan yang disediakan. -EDISI UKAS

add comment