16 Staf Syarikat Samling Timber Sdn.Bhd Ikuti Ceramah Keselamatan Kebakaran Dan Tatacara Sanitasi Kendiri

RABU, 13 APRIL 2022

LAWAS: Seramai 16 orang staf Syarikat Samling Timber Sdn Bhd telah menyertai ceramah Keselamatan Kebakaran dan Tatacara Sanitasi Kendiri.

Program ini merupakan anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Maaysia (JBPM) Daerah Lawas dan diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas pada Selasa.

Dalam program itu, para peserta telah didedahkan dengan perkara berkaitan Sains Kimia Kebakaran, pengungsian bangunan, sistem pemasangan aktif dan pasif serta lain-lain lagi.

Antara pengisian aktiviti dalam program ini adalah termasuk demonstrasi pemadaman menggunakan alat pemadam api, serta demonstrasi memakai dan membuka Peralatan Pelindungan Diri (PPE).-EDISI UKAS

add comment