300 Pek Bubur Lambuk Diagih Di Sekitar Pekan Sebuyau

RABU, 13 APRIL 2022

SEBUYAU: Sebanyak 300 pek bubur lambuk telah diagihkan kepada penduduk di sekitar Pekan Sebuyau pada Rabu.

Pengagihan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim.

Menurut Dato Sri Rohani, program seumpama ini bertujuan berkongsi rezeki dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain sekaligus menjadikan Ramadan kali ini lebih meriah dan diberkati.

Hadir sama di program agihan itu, Pemangku Pejabat Daerah Sebuyau, Jerry Zainnuddin Bidin dan Pegawai Tadbir Sebuyau, Johari Bujang.-EDISI UKAS

add comment