Erat Silaturrahim Antara Kakitangan Seluruh Pentadbiran Bintulu

RABU, 13 APRIL 2022

BINTULU: Program Majlis Tahlil Perdana dan Berbuka Puasa bersama Badan Kebajikan Pekerja Islam Pejabat Residen dan Daerah Bintulu (BKI) 2022 telah diadakan di Masjid Darul Islam, Kampung Jabai baru-baru ini.

Pengerusi BKI, Harun Hatta berkata program ini merupakan program tahunan yang dilakukan BKI pada setiap tahun di bulan Ramadan.

“Tujuan program ini dilakukan adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim di antara kakitangan-kakitangan seluruh Pentadbiran Bintulu khususnya kakitangan yang beragama Islam termasuk dari Pejabat Daerah Bintulu, Tatau dan Sebauh,” katanya.

Beliau menambah, program tahun ini terdapat sedikit kelainan apabila ia diadakan di Kampung Jabai dan berpeluang beramah mesra bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jabai dan Jawatankuasa Masjid Darul Islam, Kampung Jabai.

Program ini juga melibatkan seluruh kakitangan yang beragama Islam Pentadbiran Bintulu Pejabat Residen Bintulu, Pejabat Daerah Bintulu, Tatau dan Sebauh.

Majlis turut dihadiri Residen Bahagian Bintulu Datu Jack Aman Luat.-EDISI UKAS

add comment