MOTS Mohon Syarikat Penerbangan Tawar Harga Berpatutan Pada Musim Perayaan

RABU, 13 APRIL 2022

KUCHING: Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) telah memohon kepada syarikat penerbangan untuk menawarkan tambang penerbangan yang lebih berpatutan terutamanya pada musim perayaan.

Menterinya, Dato Sri Lee Kim Shin memberitahu, permintaan berkenaan adalah bagi membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat ketika pandemik COVID-19 sejak dua tahun lepas.

Jelasnya, tambahan lagi dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak yang bakal tiba, ramai rakyat Sarawak yang bekerja di Semenanjung Malaysia dijangka pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Kami percaya syarikat penerbangan akan mempertimbangkan pekara ini berdasarkan keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) meluluskan penambahan kekerapan penerbangan ke Sarawak sekaligus memainkan peranan penting dalam memudahkan pergerakan orang ramai dan barangan pada kadar yang berpatutan serta menyokong inisiatif kerajaan untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi kita,” katanya menerusi kenyataan media pada Rabu.

Dato Sri Lee turut memaklumkan, syarikat penerbangan akan mengadakan promosi khas tidak lama lagi untuk Hari Raya bagi menampung permintaan yang semakin meningkat bagi penerbangan antara Semenanjung dan Sarawak.

Namun beliau menggesa orang ramai untuk merancang lebih awal perjalanan mereka untuk perayaan yang akan datang termasuk membeli lebih awal untuk tiket penerbangan bagi mengelakkan daripada membeli pada saat akhir. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia