Pusat Khidmat DUN Sebuyau Agih Buah Kurma Sempena Bulan Ramadan Di Zon Sebangan

RABU, 13 APRIL 2022

SEBUYAU: Pusat Khidmat DUN N.27 Sebuyau mula mengagihkan buah kurma kepada penduduk sempena bulan Ramadan di Zon Sebangan, pada Selasa.

Pengagihan kira-kira 1,195 bungkusan buah kurma telah disampaikan dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) kawasan tersebut.

Penerima buah kurma berkenaan melibatkan Ketua Isi Rumah (KIR) dari lapan buah kampung iaitu Kampung Seruyu, Kampung Sungai Ladong, Kampung Segali, Kampung Sampat Sebangan, Kampung Menek, Kampung Lutong, Kampung Tungkah Melayu dan Kampung Arus Melayu.

Para penduduk turut merakamkan penghargaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi dan Pusat Khidmat DUN Sebuyau atas pemberian tersebut. -EDISI UKAS

add comment