7 Buah Rumah Di DUN Mambong Siap Dibaik Pulih Diserah Kepada Penerima

KHAMIS, 14 APRIL 2022

PADAWAN: Sebanyak 7 buah rumah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong yang terlibat dalam Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) telah siap dan diserahkan kepada penerima pada Rabu.

Projek tersebut merangkumi dua buah rumah di Kampung Duras dan Annah Rais, manakala sebuah rumah di Kampung Mambong, Kampung Git dan Kampung Sikog.

Pemeriksaan akhir telah dilakukan Pegawai Tadbir Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Keron Mapus bersama kontraktor serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).

PPRMS merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak untuk membantu rakyat miskin di Sarawak dengan memastikan mereka memiliki rumah selesa untuk didiami dan selamat.-EDISI UKAS

add comment