KHAMIS, 14 APRIL 2022
BEKENU: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Subis dengan kerjasama Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS), Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Sibuti telah mengadakan Jerayawara Bubur Lambuk 2022 di Perkarangan RTC, Sibuti, Bekenu pada Selasa.
Pelbagai jenis bubur telah dihasilkan seperti 250 bungkus Bubur Lambuk, 250 bungkus Bubur Pedas dan 250 bungkus Bubur Kacang serta 250 buah Kurma telah diagihkan kepada orang awam yang disampaikan Timbalan PEMADAM Daerah Subis yang mewakili Pegawai Daerah Subis Pemanca Ali.
Program ini merupakan salah satu platform bagi PEMADAM Daerah Subis bagi menyebarkan mesej kesedaran bahaya dadah kepada semua masyarakat dan memupuk amalan bersedekah di bulan Ramadan.