KHAMIS, 14 APRIL 2022
SIBU: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) meneruskan program Ziarah UKAS Semarak Ramadhan pada tahun ini bersama komuniti bertempat di Surau Darul Jannah, Kampung Dato Sibu pada Rabu.
Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pegawai Tadbir Khas UKAS, Datu Takun Sunggah yang telah memperkenalkan UKAS serta sedikit sebanyak menyatakan peranan UKAS kepada para jemputan yang hadir.
Sejurus selepas itu, semua jemputan dan jemaah mendengar takzirah Ramadhan daripada Ustaz Ahmad Fathoni dan kemudiannya berbuka puasa dan menunaikan solat fardhu Maghrib.
Setelah itu, simbolik penyerahan goodies daripada UKAS telah disempurnakan oleh Datu Takun Sunggah kepada Setiausaha Politik Premier Sarawak Sayed Azmee Wan Junaidi, Ustaz Ahmad Fathoni, Timbalan Pengerusi Surau Darul Jannah, Kaunselor Ibrahim Laili serta para jemputan yang hadir.
Program sebegini sedikit sebanyak mampu mengeratkan silaturahim antara masyarakat atau komuniti serta memeriahkan lagi suasana dalam kita meraikan Ramadhan.
Pada masa sama, ia juga menjadi platform baik dalam mengukuhkan hubungan antara pihak UKAS dan masyarakat.
Program tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat maklumbalas yang memuaskan.-EDISI UKAS