Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib Sempurnakan Majlis Jalinan Kasih Ramadan

KHAMIS, 14 APRIL 2022

KUCHING: Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib telah menyempurnakan Majlis Jalinan Kasih Ramadan di Auditorium P.Ramlee, Jabatan Penyiaran Sarawak di sini pada Khamis.

Beliau menghulurkan pemberian ikhlas kepada 50 penerima dari golongan asnaf dan orang kurang upaya (OKU).

Bantuan berupa biskut raya, barangan keperluan asas serta wang ringgit tersebut adalah bagi membantu golongan kurang berkemampuan sepanjang bulan Ramadan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Turut menemani beliau ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Pengarah Penyiaran Sarawak, Norjihan Yahya serta Datin Sri Zuraini Abdul Jabbar. -Edisi UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia