ADUN Stakan Hulur Sumbangan Ramadan Kepada Anggota Polis Dan Bomba Di Kota Samarahan

JUMAAT, 15 APRIL 2022

KOTA SAMARAHAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim telah menghulurkan sumbangan Ramadan kepada anggota-anggota yang beragama Islam di Ibu Pejabat Polis Kota Samarahan dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samarahan.

Simbolik sumbangan telah disempurnakan bersama Ketua BBP Samarahan, Ebby Hirwandy Sarbini dan wakil Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, ASP Muttiah Pillai VP Sinnathambi pada Khamis.

Dalam ucapannya, Datuk Hamzah berharap sumbangan tersebut dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim di samping menyuntik semangat anggota yang akan bertugas semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. -EDISI UKAS

add comment