Dato Sri Nancy Shukri Rasmi Projek Balai Raya Kampung Sateman

SABTU, 16 APRIL 2022

GEDONG: Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato Sri Nancy Shukri baru-baru ini telah merasmikan projek Balai Raya Kampung Sateman yang telah siap dibaik pulih.

Projek Kecil Luar bandar (MRP) kerajaan persekutuan tahun 2021 itu melibatkan pemasangan jubin dalam dewan, baik pulih pentas, kerja-kerja mengecat dalaman dewan, pemasangan gril dan beberapa lagi penambahbaikan dengan memanfaatkan peruntukan yang diberikan sebanyak RM20,000.

“Balai raya ini telah siap dibina baru pada 2015 dan sejak itu kita sentiasa menambahbaik infra balai raya ini untuk keselesaan penduduk.

“Saya mengucapkan tahniah kepada penduduk di sini yang menggunakan sebaiknya peruntukan yang diberikan.

“Inilah seharusnya menjadi contoh, kerana dengan hanya peruntukan RM20,000 penduduk di sini menggunakan dengan sebaiknya dan sepakat membina dengan usaha tenaga kerja penduduk kampung bagi menjimatkan kos,” katanya kepada media semasa merasmikan simbolik projek tersebut.

Kampung Sateman mempunyai 24 pintu rumah dengan populasi seramai 100 penduduk yang kebanyakkannya adalah pekebun.

Turut hadir, Tuai Rumah Kampung Sateman, Lubong Baba dan penduduk kampung di kawasan tersebut.-EDISI UKAS

add comment