200 Penduduk Hadiri Program Ceramah Perdana Di Masjid An-Nur Kampung Tebelu

SABTU, 16 APRIL 2022

SEBUYAU: Program Ceramah Perdana Sempena Ramadan yang menghimpunkan seramai 200 kehadiran di Masjid An-Nur Kampung Tebelu telah berlangsung dengan jayanya pada Jumaat.

Program ilmu anjuran Jawatankuasa Masjid An-Nur Kampung Tebelu bersama Sahabat Amal Care (SAC) itu diadakan secara ringkas dengan pengisiannya merangkumi majlis berbuka puasa, solat fardhu Maghrib dan Isyak, solat sunat Terawih dan sesi ceramah oleh Penceramah jemputan, Ustaz Syamsul Amri Ismail.

Pelaksanaan program tersebut bertujuan mengukuhkan kefahaman dalam hidup beragama di samping meningkatkan syiar ukhuwah sesama Islam dalam kalangan jemaah.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Masjid An-Nur Kampung Tebelu, Mohamad Azahar Salam dan Pegawai Belia HIKMAH Sarawak, Wan Lukman Hakim Wan Sazali. -EDISI UKAS

add comment