Pengagihan Bubur MASJA-SA Mendapat Sambutan Menggalakkan

SABTU, 16 APRIL 2022

KUCHING: Pihak Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) sedang menyediakan agihan bubur MASJA-SA kepada masyarakat di sekitar Kuching bermula 13 hingga 22 April 2022 di perkarangan Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Seramai 10 agensi dan persatuan terlibat sebagai sukarelawan menerusi usaha Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak bagi mengagihkan bubur MASJA-SA bermula jam 1 petang sehingga 5 petang.

Antara agensi yang terlibat dalam bantuan sukarelawan tersebut adalah Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Kelab Belia Permata Halaman Kurung Sian Sarawak (Berlian), Persatuan Pandu Puteri Cawangan Sarawak, Angkatan Belia Islam Malaysia Cawangan Sarawak, Persekutuan Pengakap Cawangan Sarawak, Saberkas Negeri Sarawak, Kelab Belia Wetan Kampung Kolong Dua, Kelab Belia Warisan Kenyalang Bandar Baru Samariang dan Unit Saberkas Kampung Demak Baru.

Program pengagihan bubur MASJA-SA yang kebiasaannya diagihkan pada setiap bulan Ramadhan itu berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat. – EDISI UKAS

add comment