Perluas Ilmu Dengan Budaya Membaca

SABTU, 16 APRIL 2022

MIRI: Budaya membaca adalah sangat penting untuk memperluaskan ilmu seseorang individu, demikian menurut Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I (Pelancongan), Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Justeru, beliau menggalakkan masyarakat  mempelbagaikan bahan bacaan supaya mereka mempunyai lebih banyak ilmu  sekaligus melahirkan individu berpengetahuan tinggi.

Tegasnya, ini juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempersiapkan rakyat negeri ini bersaing di peringkat global.

“Semakin banyak membaca, semakin banyak perkara yang akan anda ketahui.

“Masyarakat digalakkan untuk membaca bukan sahaja bahan bacaan dalam bahasa Malaysia, bahkan Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan lain-lain lagi,” kata Datuk Sebastian Ting.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Program Galakan Membaca dan Pelancaran Buku Terbitan Adana Publishing di Pustaka Negeri Sarawak, Miri pada Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau itu menambah, amalan membaca ini juga penting lebih-lebih lagi masyarakat pada masa kini banyak menghabiskan masa dengan penggunaan gajet.

“Ya kamu boleh gunakan gajet untuk main permainan, tetapi pastikan kamu meluangkan masa untuk membaca kerana seperti yang saya kata tadi, semakin banyak anda membaca, semakin banyak ilmu yang akan diisi semula,” tegasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata, semangat membaca ini perlu dipupuk dan dibudayakan dalam diri sejak dari kecil lagi.

“Semangat membaca tidak akan terhenti jika ia dibudayakan sejak kecil. Proses pencarian ilmu tetap akan berterusan sehingga ke hari tua,” katanya lagi.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia