SABERKAS Pelagus Anjur Jerayawara Bubur Lambuk Ramadan 2022

SABTU, 16 APRIL 2022

KAPIT: Jerayawara Bubur Lambuk Ramadan 2022 merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan oleh SABERKAS  Pelagus setiap kali menjelang bulan Ramadan.

Jerayawara ini melibatkan pengagihan bubur lambuk kepada orang awam, pengunjung dan peniaga bazaar Ramadan bertempat di Tapak Bazaar Ramadan Saberkas Pelagus, Kapit di sini pada Jumaat.

Selain daripada itu, turut diagihkan kepada penjaja bazaar Ramadan adalah apron dan banner untuk setiap gerai.

Program yang dianjurkan itu mendapat sambutan yang baik daripada pihak penjaja bazaar Ramadan dan juga orang awam yang mengunjungi bazaar tersebut.

Program dijalankan dengan jayanya dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19 turut dipraktikkan.

Hadir sama ialah Timbalan Walikota Watson Awan Jalai yang mewakili Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Jefferson Jamit Unyat, Pengerusi SABERKAS Pelagus Mohammad Junaidi dan Ahli Jawatankuasa SABERKAS Cawangan Pelagus. – EDISI UKAS

add comment