ADUN Simunjan Luang Masa Berbuka Puasa Di Kampung Rangawan Tengah

AHAD, 17 APRIL 2022

SADONG JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris berkesempatan meluangkan masa berbuka puasa di Kampung Rangawan Tengah pada Sabtu.

Seramai 30 orang melibatkan Ahli Jawatankuasa Cawangan Simunjan, Ketua-Ketua Ranting Bapa, Wanita serta Pemuda Zon Rangawan Simunjan menyertai majlis berbuka puasa tersebut yang mana mereka bersama-sama menikmati pelbagai juadah yang telah disediakan.

Turut serta ialah Timbalan Ketua Cawangan Simunjan, Bojeng Ali, Naib Ketua Cawangan Simunjan, Nyanoh Jepoon, Ketua Pergerakan Wanita Simunjan, Rosita Poni, Ketua Pergerakan Pemuda Simunjan, Mohammad Zaini Morshidi, dan Ketua Zon 4 Rangawan, Rafendy Ariffen.-EDISI UKAS

add comment