Penduduk Rumah John Mato Lahirkan Rasa Gembira Terima Bekalan Elektrik 24 Jam

AHAD, 17 APRIL 2022

TINJAR: Penduduk Rumah John Mato, Long Tuyut di sini menarik nafas lega apabila rumah panjang mereka kini telah mempunyai bekalan elektrik 24 jam. 

Ini selepas Sarawak Energy Berhad telah memasang meter elektrik di rumah panjang itu yang mempunyai 31 pintu rumah dengan jumlah penduduk seramai 238 orang menerusi Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Sarawak pada Sabtu. 

Lantaran itu, penduduk mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi dan Kerajaan Sarawak kerana membekalkan mereka dengan bekalan elektrik 24 jam.

Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Sarawak merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak dalam usaha untuk membekalkan bekalan elektrik ke kampung-kampung dan rumah-rumah panjang luar bandar yang tidak disambung dengan sistem grid utama.-EDISI UKAS

add comment