AHAD, 17 APRIL 2022
GEDONG: Pusat Khidmat N.26 Gedong mengimarahkan lagi Ramadan tahun ini dengan mengadakan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk di Masjid Lama Kampung Ensengai Melayu pada Sabtu.
Program amal dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ensengai Melayu itu bermula pada jam 10.00 pagi dan berjaya menghasilkan sebanyak 150 pek bubur lambuk.
Kesemua bubur yang telah dibungkus, telah diagihkan kepada penduduk setempat untuk juadah berbuka puasa.
Turut serta dalam program itu ialah Penghulu Musa Fauzi dan Ketua Masyarakat Kampung Ensengai Melayu, Abas Julaihi.-EDISI UKAS