UKAS Sedia Pantau Rungutan Netizen Mengenai Projek Kawasan Luar Bandar

AHAD, 17 APRIL 2022

KUCHING: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, pihaknya bersedia untuk memantau di media sosial tentang rungutan masyarakat berhubung projek-projek yang dilaksanakan di kawasan luar bandar.

Menurut Datuk Abdullah, rungutan atau keluhan itu akan terus disalurkan kepada kementerian yang berkaitan.

Beliau merujuk kepada projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) melibatkan jambatan kayu yang ditularkan di media sosial, hingga mendapat perhatian Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Perkara ini mendapat perhatian Premier Sarawak dan Timbalan Premier tentang kaedah yang sesuai supaya warga netizen dapat melaporkan jika mereka mengesyaki projek yang dilaksanakan tidak memenuhi piawaian atau spesifikasi.

“Saya rasa elok juga kita mengkaji atau melihat kaedah ataupun saluran yang sesuai supaya warga netizen dapat menyalurkan pertanyaan atau persoalan tentang sesuatu projek itu mengikut spesifikasi atau kos yang sebenar,” katanya kepada media semasa program Pengagihan Bubur Lambuk di perkarangan pusat beli belah Emart Taman Sukma pada Ahad.

Tambahnya lagi, kerajaan tidak menghalang sesiapa yang mengesyaki berlaku kebocoran besar atau pun penyalahgunaan dana yang diberikan untuk pelaksanaan perojek tersebut.

“Kalau mereka rasa perlu untuk melaporkan kepada Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), apa salahnya.

“Saya rasa pihak SPRM bersedia memberikan kerjasama untuk menyiasat tentang perkara tersebut jika ada berlaku penyalahgunaan dana atau projek yang tidak diurus dengan betul,” katanya. – EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia