ISNIN, 18 APRIL 2022
LAWAS: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Bukit Sari dan SABERKAS Ba’Kelalan telah bekerjasama bagi menganjurkan Jerayawara Bubur Lambuk bersempena bulan Ramadan ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Lawas Dato’ Henry Sum Agong telah menyempurnakan program tersebut di Bazar Ramadan Lawas pada Sabtu.
Dato’ Henry menyerahkan sebanyak 1,000 bungkus bubur lambuk serta pelitup muka kepada masyarakat.
Turut hadir, Setiausaha Politik Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Setiausaha Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Sari Awang Ibrahim Ahmad serta Jawatankuasa Wanita dan Pemuda PBB Cawangan Lawas.-EDISI UKAS