150 Pek Bubur Lambuk Diagih Dalam Program Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS

ISNIN, 18 APRIL 2022

BELAGA: Sebanyak 150 pek bubur lambuk telah diagihkan kepada masyarakat di sekitar Pekan Belaga.

Program Jerayawara Bubur Lambuk Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) 2022 telah diadakan sempena sambutan Bulan Ramadan di Perkarangan Belaga Waterfront pada Ahad.

Program tersebut telah diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Taqwa, Belaga.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Taqwa, Kaunselor Abu Talip Mokhar yang mewakili masyarakat Muslim di Belaga mengucapkan ribuan terima kasih kepada SABERKAS Cawangan Belaga kerana telah menganjurkan program seperti itu.

Tambahnya, pengagihan bukan hanya dibuat kepada masyarakat Islam malah kepada yang bukan beragama Islam bagi menyerlahkan keunikan di Belaga.-EDISI UKAS

add comment