ADUN Daro Menang Tanpa Bertanding Sebagai Ketua Cawangan PBB Daro

ISNIN, 18 APRIL 2022

DARO: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Daro telah mengadakan Mesyuarat Tri Tahunan Perwakilan PBB Bagi Cawangan Daro sesi 2022-2025 di Dewan Masyarakat Daro pada Sabtu.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Igan yang juga merangkap Ahli MKT PBB Sarawak, Ahmad Johnie Zawawi.

Dalam mesyuarat tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad telah menang tanpa bertanding sebagai Ketua Cawangan PBB Daro manakala Timbalan Ketua Cawangan telah digalas oleh Hamden Taha.

Terdahulu, Safiee Ahmad turut hadir ke Mesyuarat Tri Tahunan Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita PBB Cawangan Daro sebagai Penyelaras Mesyuarat Pergerakan Wanita.

Mesyuarat Pergerakan Wanita dan Pemuda berlangsung serentak dan ianya melibatkan pemilihan baru Ahli Jawatankuasa kedua-dua pergerakan tersebut.

Sementara itu, pada keesokan harinya pula telah diadakan Program Jualan Semarak Syawal Pasar Tani Daro 2022 anjuran Pasar Tani Daro dan FAMA Sarawak.

Program Jualan Semarak Syawal 2022 ini adalah bertujuan menyediakan platform kepada peserta Pasar Tani Daro untuk memasarkan produk mereka untuk tujuan bulan Syawal yang akan tiba.

Menurut Safiee, pasar tani amat sinonim kepada masyarakat sekarang kerana di sini mereka mendapat barangan-barangan yang segar dan berpatutan harganya.

“Apa yang dilihat adalah sebagai usahawan kecil yang memerlukan tempat untuk memasarkan produk mereka yang tidak memerlukan yang besar adalah berniaga di Pasar Tani ini dan ini juga merupakan kunjungan utama memandangkan pasar tani hanya beroperasi hujung minggu sahaja,” jelasnya.

Dalam majlis sama, Safiee turut berkesempatan memberi sumbangan kepada 33 orang asnaf di bawah Pasar Tani yang ada juga di kalangan mereka adalah bekas peniaga pasar tani yang telah uzur.-EDISI UKAS

add comment