ADUN Repok Meriahkan Program Ziarah UKAS@Komuniti Semarak Ramadan Bahagian Sarikei

ISNIN, 18 APRIL 2022

SARIKEI: Program Ziarah Unit Komunikasi dan Penerangan Sarawak (UKAS)@Komuniti Semarak Ramadhan anjuran UKAS Bahagian Sarikei telah diadakan di Surau Majlis Derah Sarikei (MDS) pada Ahad.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato Sri Huang Tiong Sii.

Dato Sri Huang dalam ucapanya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam menjayakan Program Ziarah UKAS @ Komuniti Semarak Ramadhan kali ini.

Beliau juga berharap Ramadhan kali ini akan membawa keinsafan kepada semua dan semoga segala ibadat yang dilaksanakan dapat melatih diri menjadi individu yang lebih bertimbang rasa di samping melahirkan hati dan fikiran yang bersih dan positif.-EDISI UKAS

add comment