Ahli Parlimen Tanjong Manis Agih 1000 Bubur Pedas Di Zon Sarikei

ISNIN, 18 APRIL 2022

SARIKEI : Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab turun padang bagi menghadiri Program Agihan Bubur Pedas anjuran Pusat Khidmat Tanjong Manis pada Ahad.

Program dilaksanakan dengan kerjasama semua Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Selalang dan Sarikei yang disediakan oleh Ahli Wanita PBB dengan bantuan Bapa dan Pemuda PBB.

Kira-kira 1000 bungkus bubur pedas telah diagihkan kepada ketua-ketua kaum dan masyarakat serta orang ramai.

Agihan bubur pedas ini berjalan dalam suasana meriah dan berjalan lancar bagi memeriahkan sambutan Ramadhan pada tahun ini.

Sementara itu, Ir Yusuf berharap program-program seperti ini akan terus diadakan bukan sahaja dalam bulan Ramadhan malah pada bulan-bulan yang lain supaya dapat merapatkan hubungan silaturahim dan kerjasama antara masyarakat.

Difahamkan, program ini juga akan turut diadakan di Zon Tanjung Manis dalam DUN Kuala Rajang dan di kawasan kampung-kampung di Pulau Bruit dalam DUN Semop.-EDISI UKAS

add comment