Awang Inteprise Johan Pertandingan Kejuaraan Futsal Piala YB Ir. Christopher Gira 2022 Edisi ke-2

ISNIN, 18 APRIL 2022

SELANGAU: Awang Inteprise muncul johan Pertandingan Kejuaraan Futsal Piala Yang Berhormat (YB) Ir. Christopher Gira 2022 Edisi ke-2 yang berlangsung selama tiga hari bermula 15 hingga 17 April lepas. 

Sebanyak 32 pasukan telah menyertai pertandingan tersebut anjuran belia Tamin dan Pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin bertempat di padang futsal Daerah Selangau.

Dalam pada itu, naib johan pula dimenangi oleh Marzac Ft, tempat ketiga dimenangi Rimba Selangau Plus manakala tempat keempat pula dimenangi Strike Ft.

Simbolik penyerahan piala dan hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Selangau, Anyie Awing.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan berterima kasih kepada peserta dan penganjur di atas kejayaan menganjurkan pertandingan ini.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia