JKKK & Jawatankuasa Pengurusan Surau dan Masjid DUN Balingian Terima Geran MRP Sejumlah RM144,000

ISNIN, 18 APRIL 2022

MUKAH: Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sejumlah RM144,000 telah disampaikan kepada beberapa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Jawatankuasa Pengurusan Surau dan Masjid di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi, geran tersebut telah diagihkan kepada 46 penerima yang terdiri daripada 30 JKKK serta 16 Jawatankuasa Pengurusan Surau dan Masjid.

“Geran MRP ini bertujuan membolehkan penerima melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang terutama pada bulan Ramadan ini serta perayaan Hari Raya Aidifiltri nanti,’’ katanya semasa berucap pada majlis penyerahan geran tersebut di Menara Pehin Setia Raja Mukah baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau berharap agar geran yang diberikan boleh digunakan sepenuhnya untuk memanfaatkan masyarakat setempat.

Sementara itu, Abdul Yakub menasihati semua yang hadir agar meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang selamat, berdisiplin serta mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Mukah, Palaedzman Ahip. -Edisi UKAS

add comment