Tun Pehin Sri Abdul Taib Serta Isteri Sertai Majlis Iftar, Penyampaian Sumbangan Di Mukah

ISNIN, 18 APRIL 2022

MUKAH: Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib meluangkan masa menyertai Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Isya’dan Solat Sunat Tarawih di Mukah pada Ahad.

Majlis berkenaan dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Aktiviti Islam Bahagian Mukah dengan kerjasama Lembaga Amanah Masjid Setia Raja Mukah dan Syarikat Perladangan Setuan Plantation Sdn Bhd yang beroperasi di Balingian Mukah.

Pada majlis tersebut, Tun Pehin Sri Abdul Taib serta Toh Puan Ragad Kurdi Taib turut menyempurnakan penyampaian sumbangan daripada Majlis Islam Sarawak & Lembaga Amanah Masjid Setia Raja Mukah kepada 95 masjid dan surau.

Selain itu, seramai 80 asnaf dan fakir miskin turut menerima sumbangan peribadi daripada Toh Puan Ragad Kurdi Taib berupa bakul makanan dan wang tunai berjumlah RM24,000.

Manakala pihak Setuan Plantation Sdn Bhd telah menyumbang sebanyak RM15,000 kepada asnaf dan membantu di dalam penganjuran majlis berbuka puasa pada tahun ini.

Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah; Timbalan Menteri Utiliti Dan Komunikasi (Utiliti), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi serta isteri Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tellian, Royston Valentine. – EDISI UKAS

add comment