Agihan Bubur Pedas Sempena Program Sentuhan Ramadan Diadakan Di Town Square, Pasar Kabong Petang Ini

SELASA, 19 APRIL 2022

KABONG : Program Agihan Bubur Pedas sempena Program Sentuhan Ramadan di kawasan Kabong akan diadakan pada Selasa bermula jam 4.15 petang di Town Square, Pasar Kabong.

Perasmian program tersebut akan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir.

Orang ramai boleh datang beramai-ramai untuk memeriahkan lagi program tersebut bersama pemimpin tempatan bagi menyemarakkan bulan Ramadan tahun ini.-EDISI UKAS

add comment