Datuk Rubiah Wang Lawat Pesakit Terlantar Di Kampung Jawa Semenggok

SELASA, 19 APRIL 2022

KUCHING: Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang meluangkan masa melawat seorang pesakit terlantar di Kampung Jawa Semenggok, Sumarni Kasim, pada Isnin.

Sumarni, 42, menghidap penyakit buah pinggang sejak beberapa tahun lalu kini terlantar di rumah yang didiaminya bersama suami, Misran Paiman.

Menurut Datuk Rubiah, beliau telah menyumbang bantuan katil pesakit menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jawa Semenggok untuk kegunaan Sumarni dan beberapa penduduk yang memerlukan kemudahan tersebut di kampung berkenaan.

Selain itu, beliau juga turut menghulurkan sumbangan dalam siri lawatannya menerusi Jerayawara Ramadan P197 Kota Samarahan.

Justeru, beliau berharap segala bantuan yang diberikan dapat memberi manfaat kepada semua sekaligus membantu mengurangkan tekanan dan bebanan keluarga mereka.-EDISI UKAS

add comment