SELASA, 19 APRIL 2022
KUCHING: Jalan di Lorong 28 dan Lorong 47, Jalan Stampin Baru akan ditutup sementara mulai 21 April 2022 hingga 30 April 2024.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan itu dilakukan kerana kerja-kerja penyelenggaraan jalan akan dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihati merancang perjalanan di kawasan-kawasan yang terlibat serta mematuhi segala arahan penjaga bendera dan papan tanda keselamatan untuk melancarkan pergerakan trafik.
Pengguna juga dinasihati menggunakan laluan-laluan alternatif sedia ada sehingga tamatnya kerja-kerja penyelenggaraan.
Sebarang perubahan pada tarikh, waktu dan kawasan kerja akan dimaklumkan oleh pihak JKR Sarawak pada masa depan.
Peta tapak yang berkaitan turut disertakan untuk rujukan para pengguna jalan raya.
Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan dengan aliran trafik ini, sila berhubung dengan Pejabat JKR Bahagian Kuching di talian 082-203449 pada waktu pejabat. -EDISI UKAS