SELASA, 19 APRIL 2022
LIMBANG: Gereja St. John Liok Batu telah mengadakan Hari Keluarga bersempena sambutan Hari Paskah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang telah mewakili Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah dalam merasmikan Majlis Kesyukuran Makan Malam Hari Raya Paska sempena Hari Keluarga Gereja St. John Liok Batu yang diadakan pada Ahad.
Dalam ucapanya, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak gereja dan penduduk kampung dalam mengadakan Hari Keluarga Gereja.
“Sambutan Hari Keluarga ini akan lebih merapatkan hubungan solidariti dalam kalangan umat Kristian dan penduduk setempat,” katanya.
Pada majlis itu, Paulus telah mengumumkan geran berjumlah RM50,000 bagi projek Menambahbaik Bangunan Gereja St. John Liok Batu.
Hadir sama Temenggong Nicholas Boyok Pura, Pemanca Jun Silah, Penghulu Lalam Sambat, Pengerusi Jawatankuasa Gereja-gereja Katolik dan ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).-EDISI UKAS