350 Hadir Dalam TGM SUPP Bagi Sesi 2022-2024

RABU, 20 APRIL 2022

SARIKEI: Kira-kira 350 orang hadir dalam Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali (TGM) Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Sarikei Bagi Sesi 2022 – 2024 di Hotel Family Inn pada Selasa.

Sesi pemilihan bagi parti SUPP Cawangan Sarikei telah dijalankan secara berperingkat di mana pemilihan pemuda pada jam 11.00 pagi, Wanita jam 1.00 petang manakala bagi cawangan pada jam 3.00 petang.

Dalam pada itu, mesyuarat tersebut dimulai dengan beberapa agenda mesyuarat peringkat cawangan dan pembentang program serta ativiti oleh setiausaha dan pembentangan kewangan oleh bendahari.

Selesai mesyuarat Kumpulan Pemuda, Kumpulan Wanita dan Induk, masing-masing melakukan pembubaran Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi sesi 2017 – 2021 dan menyerahkan kepada Penyelaras Mesyuarat untuk sesi pemilihan AJK bagi sesi 2022 – 2024.

Semua pemilihan dibuat berdasarkan undi daripada kalangan ahli-ahli SUPP yang telah berdaftar dan mempunyai kad ahli sahaja.

Pada sesi pengundian cawangan, pengundian hanya dilakukan bagi memilih calon yang akan bertanding dalam AJK seramai 45 orang dan pemilihan delegasi seramai 25 orang sahaja.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato Sri Huang Tiong Sii; Setiausaha Premier Sarawak, Teng Ung Woo; Timbalan Pengerusi SUPP Cawangan Sarikei, Empaling Lanyau; Naib Pengerusi SUPP Cawangan Sarikei, Kapitan Ling Dien Yong; Ketua Wanita SUPP Cawangan Sarikei, Wong Zee Yeng dan Ketua Pemuda SUPP Cawangan Sarikei, Andrew Wong Pak Ung. – EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia