Pusat Khidmat Tanjong Manis Anjur Program Agihan Bubur Pedas Bagi Zon Tanjung Manis

RABU, 20 APRIL 2022

TANJUNG MANIS: Sebanyak 2,000 bungkus bubur pedas telah diagihkan dalam Program Agihan Bubur Pedas di Zon Tanjung Manis anjuran Pusat Khidmat Tanjung Manis dengan kerjasama Ranting Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di setiap ranting kawasan Parlimen. 

Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tanjung Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab pada selasa.

Agihan bermula di Kampung Belawai, Kampung Jerijeh, Kampung Rajang dan seterusnya di Bandar Baru Tanjung Manis.

Program tersebut merupakan salah satu aktiviti dalam Program Jelajah Ahli Parlimen untuk berkongsi kegembiraan bersama masyarakat di kawasan Parlimen Tanjung Manis di samping memeriahkan lagi sambutan Ramadhan Mubarak tahun ini.

Dalam pada itu, program tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kerjasama semua ahli PBB dalam menyediakan juadah istimewa yang lazim dinikmati semasa Ramadan iaitu bubur pedas.

Setelah selesai bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang, jelajah seterusnya akan diadakan di kawasan Semop.- EDISI UKAS

add comment