TYT Berbuka Puasa Bersama Anggota MAKSAK

RABU, 20 APRIL 2022

KUCHING: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dn isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menghadiri majlis berbuka puasa bersama Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) di Astana Negeri Sarawak, pada Selasa.

Kemudian, beliau bersama dengan tetamu kehormat lain serta warga MAKSAK yang hadir turut menunaikan solat maghrib.

Selepas itu, majlis diserikan dengan penyampaian sumbangan kepada seramai 100 anggota MAKSAK yang disempurnakan oleh Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan diteruskan dengan solat isyak dan tarawih.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion. -EDISI UKAS

add comment