MDS Agih 260 Pek Bubur Lambuk di Padang Sentral

KHAMIS, 21 APRIL 2022

SIMUNJAN: Sebanyak 260 pek bubur lambuk telah diagihkan oleh pihak Majlis Daerah Simunjan (MDS) sempena bulan Ramadan bertempat di Padang Sentral Majlis Daerah Simunjan pada Rabu.

Agihan telah diketuai oleh Setiausaha MDS, Mohd Rizal Zakaria dan turut dibantu oleh kakitangan yang lain dengan menyasarkan agihan kepada kakitangan MDS sendiri, pengunjung perpustakaan termasuk orang awam.

Menurut Mohd Rizal, objektif seumpama ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim antara kakitangan MDS dengan masyarakat setempat di daerah itu.

Tambah beliau, persiapan memasak bubur lambuk tersebut adalah seawal jam 9 pagi secara gotong-royong oleh kakitangan MDS.

Turut serta dalam pengagihan itu adalah Penolong Setiausaha MDS, Oldrige Ripat Eric dan Unit Penguatkuasaan MDS. -EDISI UKAS

add comment