ADUN Kabong Hadir Majlis Penyerahan Bubur Beras Pedas Anjuran PITSA

JUMAAT, 22 APRIL 2022

KABONG: Majlis Penyerahan Bubur Beras Pedas Anjuran Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) Cawangan Kabong telah diadakan di Dewan Persatuan Nelayan Kabong pada Khamis.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir serta isteri.

Menurutnya, beliau merasa terharu atas kesungguhan PITSA Kabong yang telah menganjurkan program seperti itu.

Selain itu, beliau turut berpesan kepada ibu tunggal supaya jangan sesekali merasa dipinggirkan dan mengalah malah sentiasa bermotivasi agar dapat mendorong untuk meneruskan kehidupan seharian walau berstatus ibu tunggal.

Turut hadir Penghulu Sani Mohd, Pengurus Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kabong, Sahariya Tahot dan Pengerusi PITSA Kabong, Shamsiah Ali.-EDISI UKAS

add comment